Ramadhan in Penang Matriculation College

Salam subuh, assalamualaikum ☺ Tadi lepas sahur tetiba Abel teringat saat saat manis berpuasa di Matriks. So nak cerita la kat uolss pengalaman Abel sendiri. Hari pertama Ramadhan, sangat sayu, tak dapat rai dengan famili tercinta. Alhamdulillah Allah kurniakan dua orang roommates yg super caring mcm ahli keluarga sendiri. Cerita dia, sehari sebelum Ramadhan tu, kami bertiga sebilik pergilah cafe, tanya pakcik cafe tuu, "Selalunya bila bulan puasa mcm mana diorang sahur? Mcm mana diorg berbuka?" Pakcik tu cakap order je kat cafe nak makan apa untuk sahur, boleh ambil paling lewat pukul 2 pagi. Kami pun apa lagi, semangat la order. Ingat lagi menu time tu, Nasi Goreng Tomyam. Maka pada malam 1 Ramadhan, setelah selesai berterawih kami pun tidur, dengan  mengharapkan bantuan alarm phone, kami pun bangun la pukul 2 pagi tuu pegi cafe. Buat apa lagi? Ambil makanan kami lah, dengan dalam keadaan longlainya sebab sangattt mengantuk. Sampai je cafe. Krik krik krik. Yes, bunyi cengkerik je dengar. Takdak manusia lain selain abang siam dengan kami tiga. Alhamdulillah rezeki, dapat telur goreng free sorg satu 😂 balik bilik sambung tidur, almaklumlah esok kelas pagi pukul 8. Tapi sekejap je mampu tidur pukul 4.30 pagi jam memasing bunyi, kejut sahur. Tiga tiga bangun diam ja. Layan perasaan sendiri. Duduk kat tempat masing masing, makan nasi goreng tomyam + telur mata berkuahkan titisan air mata. Syahdu sungguh. Haha, sejak dari kejadian jam dua pagi tu, kitorang dah tak order dah sahur. Makan je apa yg ada dalam bilik. Biskut, mushroom soup, oat, nestum, anything sampaiiii lah hujung hujung Ramadhan dah tak bangun sahur. Bukan sengaja taknak bangun tapi kekadang tu sedar pastu baru nak minum air, dengar azan. Allahu. Terlepas sunnah sahur. Tapi hujung hujung Ramadhan tu bangun minum air ja. Kurma ke biskut ke dah tak ngap sebab dalam otak tu fikir nak sambung tidur balik je before Subuh. Haha. Tuu kisah sahur. Kita teruskan dengan kisah berbuka. Abel tak ingat sangat tapi yg pastinya kami mesti akan berbuka sesama. Hampar suratkhabar kat tengah bilik masing masing letak makanan and lauk lepastu makan sesama. tumblr nisa jadi tempat letak ais kitorang. Pernah sekali kitorg buka puasa kat surau. best. Makan dalam talam. Share dengan ramai org. Baru berkenalan time tu. Tapi sekali tu jelah. Hm. Bazaar? Sepanjang Ramadhan sekali je kitorang outing ke bazaar. Tupun dekat last last Ramadhan juga. Feeling excited kejap la time tu sbb first time pegi bazaar hahaha. Sambung ke terawih, awal awal memang lah terawihnya di dataran, luas so tkdklah panas sangat. Kami tak pernah jadi orang awal haha,mesti bila sampai ja imam dah suruh rapatkan saf luruskan saf dah. Kadang kadang tu, sempat jemaah terawih je dengan tok imam, isyak kitorang jemaah dalam bilik. Eventhough buat lapan je tapi Ya Allah tak tahan, tersengguk sengguk megantuk. Hilang khusyuknya. Allahu. Tapi kami gagahkan juga diri buat dengan imam. Sampai ke witir. Tapi entahlah sejak bila, terawih dah tk buat kat dataran, buatnya di surau, makmum pun berkurangan. Betullah orang kata. 10 malam yg pertama, ramai yg mengimarahkan. 10 malam seterusnya dah berkurang dan 10 malam terakhir cuma tinggal beberapa orang je. Sedangkan 10 malam terakhir adalah malam untuk mengejar Lailatul Qadr. kitorang pun sejak terawih buat kat surau berapa kali je pegi. Hm. Ntahlah. Haaa tu jelah pengalaman Abel berpuasa di matrikulasi. Haha alhamdulillah selesai juga. Kenangan yg takkan dapat dilupa. Banyak sangat kenangan manis dalam bilik A4.1.1 tuu. Terima kasih Allah kurniakan dua orang roommates yang baik sangat dan tak pernah lupa untuk mengingatkan masing masing tentang solat, kebersihan diri dan kebersihan bilik. Alhamdulillah. Haaa, Abel dah, korang pula? Macam mana pengalaman berpuasa di kolej/universiti? Mesti best kan? hehehe. Baiii! See yaa!!


Xoxo, Abel.

2016

Assalamualaikum wbt! Allahu akbar, its been a while since my last entry. It was like only an entry per year 😂 Alhamdulillah, we are already in the midst of 2016 and now in Hijr Calendar, its Ramadhan. So guys, for your kind of information, this entry was wrote to promote my bestfriend business. But please stay tuned because my diary and story will be wrote in the next entry. As what has been highlighted in this entry, im gonna promote Adra's blog where you can find your favorite shawls and bracelets there. Go go go! Click here . In this beautiful month in Hijr, full of barakah, please help me by spread this vibe to your friends, relatives, followers, fans and whoever it will be. Your good deed might help my bestfriend in expanding her business. May Allah blessed all your deeds, in shaa Allah. 😊

(I dont know how this entry gonna appear in your device since i posted them up through the blogger apps i installed from playstore in my phone, i am new to it and was not so good in using this apps bcs idk how to change the font, highlight with colour and put an image. Well em, i really, really sorry if it appear badly 😌 )

Sincerely, abel.